Kerjaya Ejen Hartanah


Tentu kita sangat teruja apabila berbincang soal property atau hartanah. Dari rumah, tanah, kondo, banglo. Perbincangan semakin berkembang. Dikaitkan pula dengan keadaan ekonomi dan politik. Sektor undang-undang juga perlu diperhalusi.

Maknanya, perbincangan hartanah bukan sekadar soal keuntungan tapi satu perbincangan kritikal. Orang yang sekadar mahu keuntungan tanpa belajar selok belok hartanah sukar untuk mendapat habuan malah mungkin mengalami kerugian.

Alhamdulillah Allah memberi rezeki untuk saya mendapat ilmu tentang hartanah dengan menghadiri Kursus Perunding Hartanah (Real Estate Negotiator) pada 10 & 11 Oktober 2015 di Ampang anjuran IM Global Property Sdn Bhd.

Kerjaya ejen hartanah

 Perkongsian dari sudut undang-undang, nilaian & taksiran hartanah, pasaran hartanah semasa dan akan datang, kaedah listing dan banyak lagi ilmu yang dipelajari.

Kerjaya sebagai ejen hartanah juga mencabar kerana ejen hartanah sebagai orang tengah dalam transaksi jual / beli / sewa hartanah.

Bijak dalam mencari peluang, teliti dalam hal undang-undang, berani dalam menghadapi risiko, cermat dalam menghadapi konflik. Semua itu perlu dihadapi dengan ilmu. Melalui pembacaan buku, menghadiri seminar/kursus dan juga bimbingan dari mentor.

Saya mula terlibat dalam bidang hartanah melalui projek sublet. Rumah yang disubletkan dibuat bilik sewa dan sebahagian dibuat sebagai rumah sewa.

Bersambung…
Kerjaya Ejen Hartanah Kerjaya Ejen Hartanah Reviewed by Rasyadan Hussin on Thursday, October 15, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.